i feel....

My Unkymood Punkymood (Unkymoods)
♥ Aku Punya Manja Kau Saja Buleyy Rasa ♥

Thursday, May 13, 2010

ibuku seorang yang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir  sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. 


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti  itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. 




Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. 


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. 


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. 


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. 


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. 


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.

p/s: memang seday sgt cite nieh. nampak kan pengorbanan BESAR seorang ibu.
sanggup bohong anak nya demi untuk berkorban dan memberi anak nya sesuap nasi.
hargaila mereka sementare mereka maseh ade. buka la mata anda!
jangan jadi cam ak yang hanya tumpu pada apek yang belum tentu sayangkan ak macam mak ak sayang kan ak. kaseh seorang ibu tidak ternilai harganya! ingatlah wahai teman.
:)

Saturday, May 8, 2010

ty kawan kawan


a gift n sweet letter from amanie mohamad.
kawan ak yang selalu ak pergi kelas bersama2.
pergi makan n enjoy! buat kerja asignment sama2
gelak sama2. enjoy n having fun!
taking pictures. emmm
kini sume tinggal kenangan. 





thx amanie. thx coz sudi jadik kawan ak selama ak di dungun nieh.
thx for everything! ;p

Friday, May 7, 2010

ty tooo

to safuraa: thx fer da entry. haha. terharu sgt2 jugak.
sampai bile punn xkan abes cmnieh. haha
pape punn ty yee. hope that we can meet soon!
if u guys ade gathering, jgn lupe jmput yana eaa?
hehe. sebab tirah owe me one. dye nak ajak jumpe ramai2 nanti.
hehe. tibe2 je masuk group korg.
kite mane rapat lu en. kelas punn laen. cume satu course je. hehe.
it's oke then. hope we can meet soon! ;p




oke, now to the real story that i wanna share with u guys.
last night we have a small gathering for da last time before we graduate.
we eat, we laugh, taking lots of pictures, having fun, lompat sane sini.
xpayah nak formal la. nerd! haha. at first only 10 person.
but then, miss ira (my lecturer) bace status kami.
x ajak, serba salah pulak en. so ajak la. nak ajak madam syu, tapi beliau x dapat datang plak.
pk2 kan mmg xdpt nk dtg la sebb malam jumaat en. suami punn ade kt uma.
haha. miss ira punn cakap g2. "saya yg xde suami jela yg dtg. maklum la, malam jumaat."
haha. kami gelak jela. miss ira was damn so sporting! 
igt nak maen tepung, tapi sume cam penat je, haha.
so tepung 2 di biarkan sahaja la. :DD


the cake. delicious! ♥


4 kotak pizza for us! 
delivery sudah. ape?
igt dungun xde ke delivery pizza hut? haha
:D


i only eat 2 slice. haha.
:)


miss ira kacau akuuuuuuuu!
;p


miss ira mazliana. ;)


kami sayang nak potong name 2. ;(
tapi sudah potong juga! :'(
♥♥♥♥

Tuesday, May 4, 2010

outing

gud morning everyone. have a nice sleep yesterday?
haha. tapi ak je tak tidur2 lagi? x buleh lelap. don't know why.
hehe. but today, 5th May we're planning to go to Mesra Mall Kemaman.
outing for a while. get some fun. i want to karaoke! haha
even Mesra Mall xde la besar mane. tapi ckup la untuk have fun.
for da last time since we all da nak graduate. wuhuuuuuuu!
pictures will be upload later. haha. pergi punn tak lagi.
&& jadik ke tak punn tak confirm lagi.
cume ak di sini nak mengucapkan terima kaseh banyak2 kat safuraa.
tekan link itu, anda akan pergi ke blog dye.
&& same2 la kita sokong dye dalam dunia berblogging nieh.
hehe.
to safuraa: thx selama nieh jadik pembace blog ak yg x femes nieh. ak blogging kerana suke2 & isi mase lapang. yang paling penting ak suke luahkan ape ak rase. to all my readers, hope u're not bored with my writing. if u're bored, feel free get out from my blog oke? hehe

Monday, May 3, 2010

rinduuuuuuu

kenapa ak jadik rindu kat dye? 
kenapa ak rindu dye, tapi dye xpaham?
kenapa ak sorang je rase cam nieh.rindu sangat2?
kenapa ak rindu tapi tak dapat nak bagi taw?
kenapa dye x rindu ak cam ak rindu dye?
kenapa semua nieh ak tanggung sorang2?
kenapa dye selfish?
kenapa dye seakan akan terpaksa melayan ak mase ak kol dye?
kenapa suara dye kasar & tinggi kan suara mase ak kol dye?
kenapa dye hanya happy bila dengan mmbe?
kenapa dye tak happy dgn ak?
kenapa dye ..........???????
thanks sayang! :')