i feel....

My Unkymood Punkymood (Unkymoods)
Aku Punya Manja Kau Saja Buleyy Rasa

Monday, May 31, 2010

PUISI- UNTUKMU PALESTINE, KAMI PEDULI.


aku kerling situasi.
segalanya berlumuran darah-darah basi.
apa lagi dayaku selain menangisi.
menjamah mayat-mayat saudara seislami.
anak-anak kecil berebut-rebut minta dilindungi.
bapak-bapak ibu-ibu bertempiaran menakung lari.
getirnya hatiku mendrama semua kezaliman ini.
Tuhan.
apa mahu-MU?
memperlihatkan ini kepada kami?
katakan Tuhan..aku sanggup membeli palestine.
hatta sehingga mencagar nyawa usangku ini.
romaku sudah habis meremang keadaan bumi.
keanehan-keanehan yang terpampang saban hari.
nama-Mu yang berselerak disana sini.
dibatuan,dikayuan,ditumbuhan,di pasiran subur tak mati-mati.
Engkau telah berbicara berkali-kali.
tapi masih juga tak ramai yang ambil peduli.
Engkau bersuara ditabir tsunami.
Engkau mendentumkan isi-isi bumi.
kami masih dan masih hanyut bermimpi.
kenapa palestine yang Engkau pilih?
sebagai tapak menguji hati-hati kami?
aku tak mahu lumpuh berselirat persoalan-persoalan yang tak pasti.
Engkau maha berkuasa Tuhan dari segala apa pon.
kun fa ya kun..itulah kesaktian-MU yang tiada tandingan.
lalu kenapa Engkau tidak menuding kemenangan ditanah berdarah ini?
aku takut.aku khuatir meragui-Mu.
jawablah Tuhan..jawablah aku.
Tuhan 'menggema isyarat'
"ummi..dengarlah Aku bersurah"
"palestine itu telah Aku nobatkan sebagai tanah syahid..sesiapa yang memasukinya bersama sekelompok manusia yang cintakan Aku sambil mengibar panji kebesaran-KU maka setiapnya akan Ku beri tiket syurga secara percuma tanpa apa-apa syarat"
"ummi kekasih-Ku...Aku tidak zalim membiarkan hamba-Ku berteriak-teriak kesakitan.sebaliknya Aku ingin melihat siapakah hamba-hamba-Ku diakhir zaman ini seberani umar al khatab memerangi musuh-musuh-Ku.sepasrah muhammad meletakkan yakin ke atas-KU"
"ummi kekasih-Ku..jangan engkau bersedih diatas kematian saudaramu dipalestine kerna mereka semuanya telah-Ku angkat ke singahsana berbual-bual dengan-Ku..bersedihlah ke atas saudara-saudara yang masih hidup tapi khusyuk bermabuk-mabukkan pada dunia"
Tuhan!!
kenapa aku tidak Engkau pilih untuk bernafas ditanah berkah ini?
aku juga pingin bercengkerama bersama-Mu!
"sayang..kerna engkau umat pilihan...namamu terbaris sebagai srikandi akhir zaman..perangilah mereka untuk-Ku demi saudaramu"
aku teresak-esak.
talianku putus kerna sesak.
palsetine.
sungguh beruntung dirimu..
syurgamu telah pasti.
sedangkan nasibku masih diambang dua jari.
Tuhan mengasbabkan engkau untuk menguji kecintaan kami.
Tuhan mengasbabkan engkau untuk menilai kepedulian kami.
Tuhan mengasbabkan engkau untuk mengukur sejauh mana kesyukuran kami.
dan paling aku cemburui.
Tuhan mencintai engkau palsetine lebih daripada kami.*menangis tak henti-henti*
palestine.
bagaimana aku ingin berjuang ditanahmu sedangkan saudara kami jauh lebih menderita berbandingmu?
bagaimana aku ingin peduli makan minummu,tidurmu sedangkan saudara kami khayal terpagut arak,riba,zina,rasuah sengketa,fitnah,hasad dengki,adu domba,takbur sehari-hari?
bagaimana aku ingin menyelamatkanmu sedangkan bayi-bayi kami terdampar tanpa belas insani?
tempatmu itu syurga walaupun terpaksa bermandikan darah.
sedangkan tempat kami persis lentera kawah neraka walaupon dicanang damai sejahtera.
aku cemburu.aku cemburu.aku cemburu padamu palestine!
palestineku.
tunggulah kami.sabarlah menanti.
kami sedang berkerja keras mempersiapkan bahtera Allah menujumu.
demimu palestine,
kami paksa diri bangkit malam merayu sama Tuhan untukmu.
demimu palestine,
kami kumpulkan orang-orang didalam solat jemaaah kami sambil mengisahkan darah-darahmu yang tumpah.
demimu palestine,
zikir kami kencang sambil airmata kami bercucuran,jantung kami menangisi nasib kami dan nasibmu.
terima kasih palestineku..
engkau sanggup mengorbankan nyawamu untuk kami sampai kepada Tuhan.
engkau sanggup menjadi alat perjuangan kami kepada Tuhan.
engkau sanggup menjadi kambing hitam untuk meneliti paras iman dan taqwa kami kepada Tuhan.
palestineku!!
untukmu syurgamu!
untuk kami,perjuangan kami!
keranamu palestine...pembukak jalan gemilangnya islam.
keranamu palestine...kami sempat mengulangi sejarah peperangan Rassullulah.
Allahu akbar!

copy from ummi :")

No comments:

Post a Comment